Tuesday, June 15, 2010

Pesta hari Keluarga & Tadau Kaamatan Sk Lumat 2010

Membakut- Pihak jawatankuasa PIBG Sk Lumat Beaufort, Sabah telah mengadakan Pesta Hari Keluarga & Tadau Kaamatan Sk Lumat 2010 buat julung-julung kalinya selama dua hari bermula pada 28 &29hb Mei 2010 bertempat di perkarangan Sk Lumat Beaufort, Sabah.

Majlis dirasmikan oleh Datuk Anifah Aman melalui wakil beliau En Awang Japar Bin Awang Ahmad. Pelbagai aktiviti telah disusun atur untuk semua ibubapa dan pelajar.
Kem motivasi bersama ibubapa & pelajar yang diadakan pada 28hb Mei diharap mampu membantu dan meniupkan semangat para pelajar untuk lebih gigih berusaha untuk masa depan mereka.

http://www.newsabahtimes.com.my/